Halaman

Jumaat, September 23, 2011

Impian Hidup Ku: Air Sumber Kehidupan

Impian Hidup Ku: Air Sumber Kehidupan: Manusia memerlukan air untuk hidup. Air digunakan untuk minum, memasak, mencuci dan membersihkan diri. Tanpa air manusia boleh hidup hanya...

IBADAT MINGGUAN DAN PERBINCANGAN

17 September 2011 - Ibadat Mingguan telah diadakan di kediaman saudara Frederick Gondou. Selepas ibadat, satu perbincangan telah diadakan khusus bagi membincangkan perjalanan Rosari sepanjang bulan Oktober serta keterlibatan dalam Perayaan Hari OLOF pada bulan Oktober, 2011 depan. Tuhan memberkati KKD Taman Sg. Labuk, Beluran.

Isnin, September 05, 2011

CJ7Teen

OLOF Beluran - Pada 01-03 September 2011 CJ7Teen telah menganjurkan aktiviti 'Campfire' dengan kerjasama senior mereka daripada Kerasulan Belia Katolik, OLOF, Beluran. Aktiviti ini telah diadakan di perkarangan gereja OLOF. Lebih daripada 20 orang belia junior telah menyertai aktiviti ini dan berbagai program menarik telah dimasukkan kedalam aktiviti ini.Syabas dan semoga Tuhan memberkati usaha pelayanan para belia.

ROSARI MINGGUAN DI RUMAH SAUDARA NASUE DURASIK

05 September 2011 - Rosari Mingguan bagi minggu pertama dalam bulan telah diadakan di rumah saudara Nasue Durasik. Ibadat Rosari ini telah dihadiri oleh para ibubapa dan kanak-kanak. Dalam pertemuan kali ini, perbincangan singkat mengenai aktiviti untuk mengisi tabung telah dijalankan. Semoga Tuhan merahmati KKD Taman Sg. Labuk.