03 Ogos 2011 - Jelajah Salib Belia yang berlangsung 4 tahun sekali akhirnya tiba di Gereja Our Lady Of Fatima ( OLOF ), Beluran setelah mengakhiri persinggahannya di Gereja St. Paul, Ulu Dusun. Seramai 26 orang belia dari Gereja St. Paul, Ulu Dusun telah menyerahkan Salib Belia tersebut dan di sambut dengan meriah dengan paluan musik tradisi dan persembahan tarian moden oleh Belia OLOF. Turut memeriahkan penerimaan Salib Belia tersebut adalah dengan hadirnya umat-umat setempat. Setelah Salib Belia diarak masuk ke dalam gereja, Misa Kudus dimulai oleh Rev. Fr. Phillip Muji yang seterusnya menyentuh tentang peranan dan daya ketahanan iman belia yang harus dipertahankan melalui homilinya. Tuhan memberkati.
Sdr. Hendrickus, pihak DOSPO memohon keizinan mengambil copy gambar SYD3 di Beluran. Tahniah dan terima kasih. Tuhan memberkati. Nama Tuhan Yesus terus di muliakan. Bell
BalasPadam