Rabu, Ogos 03, 2011
OLOF SAMBUT MERIAH SALIB BELIA DAN IKON BUNDA MARIA
03 Ogos 2011 - Jelajah Salib Belia yang berlangsung 4 tahun sekali akhirnya tiba di Gereja Our Lady Of Fatima ( OLOF ), Beluran setelah mengakhiri persinggahannya di Gereja St. Paul, Ulu Dusun. Seramai 26 orang belia dari Gereja St. Paul, Ulu Dusun telah menyerahkan Salib Belia tersebut dan di sambut dengan meriah dengan paluan musik tradisi dan persembahan tarian moden oleh Belia OLOF. Turut memeriahkan penerimaan Salib Belia tersebut adalah dengan hadirnya umat-umat setempat. Setelah Salib Belia diarak masuk ke dalam gereja, Misa Kudus dimulai oleh Rev. Fr. Phillip Muji yang seterusnya menyentuh tentang peranan dan daya ketahanan iman belia yang harus dipertahankan melalui homilinya. Tuhan memberkati.
Labels:
Salib Belia Jelajah Sabah
Rabu, Julai 27, 2011
Isnin, Julai 25, 2011
KKD TAMAN SG. LABUK, BELURAN
DOA ROSARI MINGGUAN KKD TAMAN SG. LABUK
Rumah Saudara Julius Kechi
25 Julai 2011 - Setelah penubuhan AJP. KKD Taman Sg. Labuk pada 22 Julai 2011 yang lalu, kehadiran umat yang mengikuti Rosari mingguan semakin bertambah. Semangat persaudaraan dikalangan umat juga dapat dirasakan apabila setiap keluarga membawa 'potluck' dan dikongsi bersama. Puji Tuhan. Kami berkumpul bwersama, berdoa bersama dan makan bersama.
Labels:
Doa Rosari Mingguan
Jumaat, Julai 22, 2011
KKD TAMAN SG. LABUK, BELURAN
PERKUMPULAN DOA DAN PEMBENTUKAN KKD TAMAN SG. LABUK, BELURAN
Rumah Saudara Frederick Gondou
22 Julai 2011 - Perkumpulan doa kali ke-5 telah diadakan di kediaman saudara Frederick Gondou di Blok I, Tingkat 1-No. 1. Perkumpulan ini dihadiri oleh sebilangan besar keluarga Katolik yang tinggal di Taman Sg. Labuk. Hari ini juga merupakan hari yang istimewa kerana selepas perkumpulan doa, satu pemilihan Jawatan Pelayanan KKD Taman Sg. Labuk telah diadakan dan ini menandakan bahawa KKD ini akan secara rasminya dibentuk. Laporan pembentukan ini akan diserahkan kepada Rektor Paroki, Katedral St. Maria, Sandakan - Rev. Fr. Thomas Makajil.

Isnin, Julai 18, 2011
SALIB BELIA / IKON BONDA MARIA TIBA DI GEREJA OUR LADY OF FATIMA, BELURAN
18 - 29 Julai 2011
GEREJA ST. JOSEPH, SANDAKAN
30 Julai 2011
GEREJA ST. MARK, SANDAKAN
31 Julai - 1 Ogos 2011
GEREJA ST. PAUL, ULUDUSUN
2 Ogos 2011
GEREJA OUR LADY OF FATIMA, BELURAN
3 - 4 Ogos 2011
SUKANG, PAITAN
5 - 6 Ogos 2011
PENYERAHAN SALIB BELIA DAN IKON BONDA MARIA KEPADA
PAROKI ST. MARTIN, TELUPID
7 Ogos 2011 ( Ahad )
Maklumat lanjut sila hubungi Caroline Tai ( 012-3616706 ) atau Rachel Lai ( 016-8247829 ) atau layari Blog Rasmi SYD3 : www.syd3.blogspot.com atau facebook/SMCPYA
Langgan:
Catatan (Atom)












































