Jaguh Tinju Manny Pacquiao (Gambar dari video
Fox News)
Dia membesar dalam
keadaan miskin di Filipina dan mula bekerja pada usia yang muda untuk menyara
ibunya setelah ibubapanya berpisah. Pada usia 14 tahun dia mula bertinju, dan
makin meningkat sehingga memenangi 10 kejuaraan dunia. Tetapi pengakuan iman
yang berani dalam Yesus Kristus dari pemegang kejuaraaan welterweight WBO ini
yang membezakannya dari yang lain.
"Tuhan ada
sesuatu tujuan," dia memberitahu Fox News. "Dia telah membawaku
kembali ke dalam Kerajaan-Nya untuk memakaiku untuk memuliakan nama-Nya, supaya
orang akan tahu bahawa ada Tuhan yang boleh membangkitkan seseorang dari tiada
apa-apa kepada sesuatu."
Hairan juga, dia
dan quarterback terkenal Tim Tebow telah membesar di bandar yang sama di pulau
Mindanao, di selatan Filipina.
Dibesarkan dalam
gereja Roman Katolik, Manny mula menyimpang dari gereja sambil dia mula
terkenal dalam karir tinjunya. "Aku pergi ke gereja pada hari Ahad, tetapi
dari Isnin hingga ke Sabtu, aku ada di bar minum minuman keras," dia
memberitahu CBN. "Aku berjudi. Kata-kata yang tidak cermat diucapkan dari
mulutku. Aku berzinah. Aku tidak peduli."
Tetapi pada suatu
hari dia terbaca sepucuk surat yang menyayat hatinya. "Aku menerima surat
daripada ibuku yang menyatakan bahawa adik perempuanku telah berhenti bersekolah
kerana aku telah berhenti menghantarkan wang kpada mereka. Aku menangis,
menyalahkan diri kerana menghabiskan segala wang itu untuk alkohol."
Perlawanan Manny
Pacquiao dan Juan Manuel Marquez pada November 2011 (Gambar AFP)
Pada malam itu juga
pada 2011, tidak lama selepas perlawanan ketiganya dengan Juan Manuel Marquez,
Tuhan telah melawat Manny dalam suatu mimpi yang dahsyat. "Aku mendengar
suara Tuhan dalam mimpi. Suaranya sepuluh kali lebih kuat dari guruh. Dia
berkataku, 'Anakku, anakku, mengapakah engkau mengikut jalan yang salah?'"
dia memberitahu kepada CBN.
Dalam mimpi itu,
yang terjadi dalam sebuah hutan yang cantik di tengah bunga-bunga, dia juga
melihat dua malaikat, menurut temuramah dengan The Blaze. "Apabila aku
mendengar suara Tuhan, aku rasa seperti aku sudah mati. ... Aku di
tengah-tengah hutan itu dan aku berlutut dan berdoa dengan mukaku sampai ke
tanah dan kemudian aku melihat satu cahaya, cahaya yang sangat putih dan aku
mendengar suara itu."
Dia berkata bahawa
malaikat-malaikat itu mempunyai "sayap yang putih, panjang dan besar"
dan berkata bahawa Tuhan menunjukkan kepadanya "mengenai akhir
zaman."
"Aku merasa
diriku lemas apabila aku mendengar suara Tuhan. Itu adalah titik perubahan
dalam hidupku. Tuhan berbicara kepadaku dan dia memberitahuku apa yang Dia
ingin aku lakukan dan bahawa aku harus mengikuti-Nya."
Untuk suatu waktu,
Manny cuba melupakan mimpi itu. Tetapi pada suatu hari dia rasa tergerak untuk
mengambil Alkitab dan mula membaca untuk dirinya sendiri. "Aku sudah
melupakan mimpi itu, tetapi apabila aku mula membaca Alkitab, ayat pertama yang
aku baca mengatakan bahawa Tuhan berbicara kepada manusia melalui mimpi. Aku
menyedari, wah, mimpiku itu benar." dia memberitahu CBN.
Hasil daripada
kuasa Firman Tuhan, pekerjaan Roh Kudus dalam hatinya dan mimpi yang sangat
mengesankannya, Manny menyerahkan hidupnya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan
dan Juruselamatnya.
"Aku gembira
kerana telah menemukan jalan yang benar, diselamatkan, dilahirkan
kembali," dia memberitahu The Blaze. "Kita dikehendaki dilahirkan
kembali, setiap kita, Kristus berkata kecuali kita dilahirkan kembali kita
tidak dapat memasuki kerajaan Allah. Jadi itu menjadi sangat penting bagiku.
Yesus Kristus berkata, 'Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada
seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.' Tidak ada jalan
lain. Satu-satu jalannya ialah melalui Yesus."
"Apabila anda
menerima Yesus Kristus dalam hatimu sebagai Tuhan dan Juruselamat, anda
memiliki hidup kekal."
Banyak perubahan
terjadi dalam hidupnya sejak dia mula mengikut Yesus, menurut jurulatih Manny,
Freddie Roach. "Manny telah melakukan banyak perubahan dalam hidupnya. Dia
lebih berdisiplin dalam hidupnya. Dia telah menjual kelab malamnya. Dia tidak
minum lagi. Dia tidak mengejar perempuan lagi. Hubungannya dengan isterinya
jauh lebih baik sekarang, Begitu juga hubungannya dengan keluarganya. Dia telah
menjadi orang yang jauh lebih baik," Roach memberitahu Wall Street
Journal.
Perkara yang paling
penting kepada Manny kini ialah imannya dalam Yesus. "Apabila anda
memiliki Yesus dalam hidupmu, apabila anda memiliki Tuhan dalam hidupmu,
benda-benda dalam dunia tidak penting dalam hatimu. Apa yang penting ialah
Tuhan dalam hatimu."
Manny tinggal dalam
Firman Tuhan melalui pengkajian Alkitab secara harian. "Perkatakanlah
kitab Taurat ini. Renungkanlah dan bertindak dengan hati-hati sesuai dengan
segala yang tertulis di dalamnya. Maka anda akan berhasil dan merasa
puas," dia memberithu CBN. "Apabila anda menyimpan Firman Tuhan dalam
mulut dan lidahmu dan dalam hati dan fikiranmu, anda akan dipimpin oleh Roh
Kudus."
Manny memenangi
kerusi dalam Dewan Perwakilan beberapa tahun yang lalu, mewakili wilayah
Sarangani. Dia diundi semula pada 2013 ke Kongres yang ke-16 Filipina. Ada yang
percaya dia adalah calon untuk menjadi presiden Filipina satu hari nanti.
"Tuhan telah
memberkatiku dengan segala yang kumiliki... karir politikku dan melayani Tuhan
dan sebagai seorang peninju - dan aku percaya Tuhan mempunyai sesuatu
tujuan," dia memberitahu The Blaze. "Ianya adalah di luar jangkaan
dan pemikiranku. Aku fikir inilah waktunya untuk mengisytiharkan nama-Nya,
bukan namaku.
"Inilah tugas
hidupku: untuk menyebarkan Firman-Nya."
Video: Temuramah
Fox News dengan Manny Pacquiao
Sumber :
Baca juga :
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk "When Boxing Champion Manny Pacquiao Saw Angels And Heard God's Voice" penulisan Mark Ellis bertarikh 30 April 2015)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan