Kapela Santo Yeremia, Sepagaya - 23 Jun 2013. Rev. Fr. Thomas Makajil berserta rombongan dari Katedral St. Mary's, Sandakan dan dari Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran telah membuat lawatan dan Misa Kudus. Turut hadir sama ialah Sister Lidwina Alyandu, Sister Gembala Baik yang berasal dari Larantuka. Jarak Kapela Santo Yeremia, Sepagaya dari Bandar Sandakan ialah 130KM dan dari Beluran 106KM.
Sejak lebih kurang 5 tahun yang lalu, umat Santo Yeremia tidak di kunjungi oleh paderi mahupun Pelayan Sabda. Sebelum lawatan ini, kunjungan terakhir ialah pada awal Disember, 2012 oleh Saudara Hendrickus B. Nadus dengan mengadakan Ibadat Sabda. Setelah kunjungan ini, saudara Hendrickus Nadus telah memaklumkan kepada Fr. Thomas Makajil berhubung dengan kedudukan dan keadaan umat di sini yang sangat mengharapkan kunjungan paderi. Akhirnya, keluhan dan berkat doa; umat Santo Yeremia, Sepagaya telah dikunjungi oleh Rev. Fr. Thomas Makajil pada hari ini.
kangen dgn warga desa d sepagaya ini....semua tidak berubah..walau pohon sawit nya skrng adalah baru d tanam..namun yg merawat tetap la wajah" yg masih sama...salam perantau..
BalasPadam